Friday, May 15, 2009

Chocolate Muffin


Hm…sebenarnye sebelum ni aku x pernah pun buat muffin lagi. Tapi tiba nak makan muffin. So, aku pun search kat internet and found this resepi. Nak buat muffin ni pun sangat senang. Bahan bahan yang digunakan mudah didadapi. Ak da try buat… dan rasenyer sungguh sedap.

Bahan-bahan:

200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:

1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah "double boiler".
2. Lepas coklat dah cair, masukkan mentega. Kacau sehingga mentega dan coklat sebati.Lepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170 C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati.
4. Kemudian, masukkan telur ke dalam mangkuk coklat dan kacau sampai sebati.
5. Lepas tu , ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat dan kacau sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh. Bakar selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment